DUNIA IT
Dalam menghadapi dunia ledakan maklumat, dunia tanpa wayar, dunia tanpa sempadan, keupayaan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam pengurusan dan pentadbiran menjadi satu keperluan yang tidak dapat dinafikan kepentingannya.
Di sekolah, Makmal Komputer adalah nadi dan agen kepada saluran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Seluruh warga sekolah perlu mengambil peluang untuk menggunakan segala kemudahan yang dapat diperolehi melalui makmal komputer. Keupayaan individu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat membantunya mengharungi dunia IT ini.
Jesteru itu pendedahan kepada alam pengkomputeran perlulah dilakukan pada peringkat awal lagi dengan secara terancang dan sistematik agar budaya pengkomputeran dapat dibina dalam suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih positif.
0 comments:
Post a Comment